Cara rawatan MTM adalah berbeza mengikut masalah yang dihadapi pesakit. Namun ada 6 PERKARA yang perlu dipatuhi :-
1. Rujuk Stokis dan ejen MTM bagi mengetahui bahagian anggota badan yang mungkin mempunyai masalah
Sakit urat saraf, sendi dan otot selalunya berkait antara satu sama lain. Namun, punca masalah urat saraf, sendi dan otot berbeza-beza mengikut sakit yg dihadapi. Oleh itu, sila rujuk senarai cara rawatan dibawah atau rujuk pada stokis dan ejen MTM. Dapatkan juga rujukkan daripada doktor jika masalah yang anda dihadapi adalah kronik.
2. Guna MTM dengan kuantiti yang mencukupi
Basahkan kulit anda dengan MTM supaya MTM dapat meresap masuk ke dalam kulit anda
3. Gosok MTM selama 10-15min untuk melembutkan bahagian otot yang bermasalah
Sebelum mengenalpasti urat saraf yg bermasalah, bahagian otot perlu diutamakan dahulu. Otot yg bermasalah seperti kekejangan, tegang dan bengkak juga boleh menyebabkan masalah pada urat saraf. Selain itu, otot fiber yg tersimpul (muscle knot) juga mudah dikenalpasti jika bahagian otot sudah lembut.
4. Kenalpasti Urat saraf yg bermasalah
Teruskan gosok MTM pada bahagian otot yg sudah lembut dan disertakan dengan sedikit tekanan. Anda akan rasa ada bahagian otot yg masih berketul-ketul. samaada ketulan-ketulan kecil atau pun besar. Ketulan ini adalah fiber otot yg tersimpul (muscle knot) atau lebih dikenali sebagai urat tersimpul.
Gambar diatas adalah contoh fiber otot yg tersimpul pada bahagian bahu. fiber otot yang tersimpul akan menganggu saluran darah dan saraf pada bahagian tersebut
5. Gosok MTM selama 10-15min (akhir) untuk menghilangkan masalah fiber otot yg tersimpul
Gosok MTM pada bahagian ketulan-ketulan tersebut. Jika ketulan-ketulan belum hilang sepenuhnya, sambung langkah 1-5 pada sesi berikutnya. Disyorkan sebanyak 3 kali sesi rawatan pada setiap hari
6. Biarkan MTM kering sendiri
MTM akan meresap masuk ke dalam kulit. Maka sebaiknya biarkan MTM kering sendiri. Setelah kering, barulah bersihkan diri.
Penggunaan MTM sangat penting di dalam setiap sesi kerana MTM akan membantu untuk melembutkan otot yang tegang. Sekaligus menghilangkan masalah urat yang tersimpul, yang mengakibatkan masalah pada sistem peredaran darah dan sistem saraf.
Dinasihatkan untuk tidak mengurut tetapi hanya dengan menggosok MTM pada anggota badan. Hal ini bagi menggelakkan masalah yg lebih serius pada otot, salur darah dan saraf
Jgn lupa untuk rujuk pada doktor, ahli fisiologi dll untuk mengetahui keadaan terkini anda. Juga, untuk mengetahui perubahan sebelum dan selepas anda mendapatkan rawatan MTM